Thursday, March 8, 2012

Kelebihan Emas..

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum wbt


Bercakap pasal emas ini, mengikut pengalaman peribadi sememangnya sejak dahulu lagi tidak pernah dengan cerita yang `tak baik' tentang emas ni. Hanya yang baik-baik sahaja. Tapi dulu saya tidak berapa suka pakai barang kemas dan ia termasuklah emas ni. Dulu saya berfikiran sempit sebab menganggap emas hanyalah barangan kemas dan kena pakai kat tanganlah, kat leherla..rasa lemas la pulak.Sampai ibu mertua pun menegur suami " mak tengok dak ila tu satu urat gelang pun tak ada..kenapa kau tak belikan emas untuk dia" Ali dengan bangganya jawap " Ala mak, dia bukan suka pakai emas-emas ni". Hihihi..tapi ini cerita 13 tahun dulu. Sejak 2 tahun lepas, saya peminat tegar emas apabila saya tahu kelebihan-kelebihannya.


  • Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal tendang terajang kehidupan, emas hanya logam….
  • Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja, hutang dan cukai, emas sangat-sangat bernilai.
  • Kata nenek saya, emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)
  • Kata orang yang nak kahwin, kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana.
  • Kata pakar ekonomi pula, setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu
  • jadi adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. Lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya..maka antara 30 kelebihan melabur didalam emas adalah
  • Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
  • Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa
  • Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
  • Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam
  • Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu
  • Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh
  • Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)
  • Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan pada kadar sewa yang berpatutan
  • Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
  • Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar
  • Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu
  • Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
  • Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
  • Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga
  • Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan
  • Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar
  • Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan
  • Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam
  • Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes
  • Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan
  • Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka
  • Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual
  • Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrap
  • Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas
  • Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..
  • Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
  • Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi
  • Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka
  • Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas
  • Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru
  • HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi.
Jadi, tu sedikit sebanyak kelebihan emas…bagi sesiapa yang masih tak tau kelebihan emas fizikal, ni adalah jawapannya..banyak lagi…bergantung pada individu…



Kredit : PG Pure Gold




m1.jpg (192×192)




Monday, February 27, 2012

Cerita Emas di Sana- Sini

  • Mendiang penyanyi Elvis Presley mempunyai sebuah kereta jenis Stutz yang dibuat 20 unit sahaja setahun yang mana hiasa dalamannya seperti stereng, pedal pemijak kaki, tempat habuk rokok dan penyala rokok diperbuat daripada emas. Elvis juga mempunyai sebuah piano yang diperbuat daripada emas tulen. 

  • Trofi kejohanan bola sepak Piala Dunia setingga 32 sentimeter diperbuat daripada emas tulen 18 karat.
  • Penulis buku The Bugis (diterbitkan oleh Blackwell di London) iaitu Prof. Dr. Chrisstian Piras Antropologis dari Universiti de Sorbone Paris, Perancis menulis bahawa majoriti orang Bugis dahulu menyimpan emas untuk menunaikan haji.
  • Ketika Amerika Syarikat bercadang menarik diri daripada konflik di Vietnam selatan pada pertengahan 1970an, ramai penduduk vietnam selatan mengambil keputusan melarikan diri ke negara ketiga kerana takutkan ancaman komunis. Sebagai pelarian mereka tidak membawa pakaian yang banyak tetapi emas seberat 38 gram dinamakan `kim tahnt' yang disorokkan di dalam kertas beras dijadikan modal kehidupan di negara baru.

Sumber : Kosmo Ahad 26 Februari 2012.

Sunday, February 19, 2012

Apa Itu Dinar Emas dan Dirham?

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum WBT


Masih lagi tentang Dinar Emas :)

Telah diriwayatkan bahawa :
                   
          Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar
          Rasulullah SAW bersabda : 
          " Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan 
          oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar dan Dirham"


Apa Itu Dinar Emas dan Dirham?






Dinar adalah syiling emas yang diperbuat daripada emas 22 karat (emas 916) dengan berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan sejak daripada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khatab, khalifah Islam yang ke 2.


Dirham pula adalah syiling perak yang mempunyai ketulenan 999 dengan berat 2.975 gram.


Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’


              1 dinar    = 4.25g x 7 = 29.75g
            10 dirham = 29.75g / 10 = 2.975g

Jadi unit ukurannya adalah :
             1 dinar    = 4.25g
             1 dirham = 2.975g


Kelebihan Dinar dan Dirham
  • Mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia. (intrinsik adalah nilai pelaburan pada masa akan datang yang mempunyai margin keselamatan dan kestabilan dan telah diperakui di seluruh dunia)
  • Dinar dan Dirham adalah matawang Islam yang sebenar
  • Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Mampu melindungi kekayaan anda.
  • Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin.
  • Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat
  • Harga Emas dan Perak yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar.
Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak.

Friday, February 17, 2012

Bila Waktu Sesuai Beli Emas?

Bismillahir Rahmannir Rahim
Assalamualaikum wbt

Setiap kali apabila bercakap tentang emas, orang akan tanya bila waktu sesuai beli emas? Memang betul teori yang mengatakan beli semasa harga jatuh,jual semasa harga naik. Tapi kita tahu tak bila harga nak jatuh? Kalau tengok prestasi pada tahun 2011, semakin kita tunggu harga jatuh, semakin tinggi dia naik. Tapi pernah tak kita dengar dari zaman mak kita dulu sehingga sekarang,pernah tak harga emas jatuh? Contohnya tahun 2007 harga RM76 segram, tahun 2008 harga jatuh sehingga RM50 segram? Ada...tapi dalam mimpila...hihihi!!

Tadi saya menyelak-nyelak resit pembelian barang kemas, terjumpa resit pembelian gelang tangan emas 916. Tahun 2007, hanya 76 segram. Sekarang mencecah RM205 segram (fgjam). Jadi semakin kita tunggu-tunggu, harga semakin tinggi dan semakin jauh meninggalkan kita nanti. Ingat..Masa Itu Emas!

Jadi waktu yang sesuai untuk membeli emas ialah SEKARANG!. Mungkin apabila anda beli nanti harga kalau di Public Gold ialah RM176 untuk emas 916 (ya harga PG memang lebih rendah dari harga pasaran).Sebulan selepas itu, jika turun kepada RM160 (mcm tak mungkin jek), jangan pulak anda kata rugi sebab harga emas ini memang dalam trend turun dan naik dalam jangka masa yang pendek, tetapi dalam tempoh setahun dan ke atas, anda akan menyaksikan peningkatannya.

Cuba tengok graf ni. Tahun lepas punya peningkatan adalah 26.17%...Lumayankan! Untunglah kepada siapa yang dah beli emas dari awal tahun lepas.


Jadi, kalau ada niat tu, apa ditunggu lagi..Jomlah beli emas.Nak harga murah dari harga pasaran, hubungi kami ok! 019-3345686, 0162535686

1 Dinar 1 Anak

Bismillahir Rahmannir Rahim..
Assalamualaikum.



Saya suka dengan kempen `1 Dinar 1 Anak' (sekurang-kurangnya). Saya pasti setiap ibubapa pasti berkeinginan dan mungkin juga telahpun menyediakan pelbagai perancangan untuk pendidikan anak-anak. Antaraya mungkin insurans pendidikan, simpanan tabung haji, simpanan SSPN dan sebagainya. Kami juga tidak terkecuali. Maklumlah kan...siapalah yang tak sayangkan anak. Kita risau jika sesuatu berlaku kepada kita, bagaimana pula dengan anak-anak nanti. Sedangkan semasa hayat kita pun kita tidak dapat menyediakan segalanya selengkapnya.

Selain daripada semua financial planning yang kita dah buat tu, apa kata tahun ini kita diversify pelaburan dan simpanan kita dengan emas dan dinar untuk keluarga kita dan disamping itu kita juga memperolehi pahala kerananya.

              Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : " Satu dinar yang kamu nafkahkan
              di jalan Allah, dan satu dinar yang kamu keluarkan untuk memerdekakan hamba, dan satu
              dinar yang kamu berikan kepada orang miskin, dan satu dinar yang kamu nafkahkan untuk 
              keluargamu maka yang paling besar pahalanya adalah yang kamu nafkahkan kepada 
              keluargamu." (Hadis riwayat Muslim)

Harga 1 dinar  = RM783.00
Harga 5 dinar  = RM3896.00
Harga 10 dinar = RM7757.00 

Jika 5 tahun lepas (2007 ) harga emas ialah RM352, tetapi sekarang harganya telah mencecah RM783.00. Jumlah ini kalau simpam kat ASB pun tak dapat sebanyak ini.

Kenapa 1 Dinar?

Kerana 1 dinar yang beratnya 4.25 gram ini adalah harga mampu bagi kebanyakan orang. Malah kalau pelajar di IPT pun boleh memulakan simpanan 1 dinar emas ni. Kadang-kadang kita tengok dan dengar ramai orang kata tak mampu nak beli dinar dan emas untuk anak dan isteri sebagai pelaburan, tapi bila beli barang-barang lain seperti kamera DSLR, handphone @ smartphone,sport rim kereta yang harga beribu-ribu boleh pulakkan!!

1 Anak 1 Dinar

Kita semua sudah sedia maklum bahawa inflasi yang berlaku setiap tahun telah mengecilkan nilai matawang kita. Nilai RM100 sekarang, tidak sama dengan nilai RM100 5 tahun lalu. Semasa anak saya baru lahir, nilai RM100 tu kalau bawa kat pasar malam beli lauk, macam-macam dapat. Sekarang ni bila anak dah berumur 5 tahun, tak cukup pula beli barang-barang yang biasa di beli tu. Tapi dinar ni, memang tidak ada susut nilai dalam tempoh setahun dan ke atas. Tapi kalau nak buat investment dalam tempoh 3-4 bulan tu kena pandai pulak belajar ilmu pelaburan.

Tapi cara yang paling senang, beli, simpan,bila anak nak sekolah, tak cukup duit, inilah harapan kita untuk membeli keperluan persekolahan yang semakin mahal sekarang ini. Ada juga yang simpan untuk modal perniagaan. Mereka memilih kaedah ini sebab kenaikan harga emas yang sangat konsisten setiap tahun anggaran dalam 21% berbanding di bank yang hanya memberi keuntungan 3-4% sahaja atau ASB 8% sahaja. Jika berhasrat untuk membesarkan perniagaan, dinar ini dijual atau dicagar di ar-rahnu dan ditebus semula selepas dapat keuntungan perniagaan.(tapi sekarang dinar dan emas jongkong, tidak boleh di ar-rahnukan lagi. Tapi barang kemas masih lagi diterima). Tapi diterima di kedai-kedai emas dan agen-agen yang jual emas. Emaskan!, siapa yang tak nak..

So, kepada sesiapa yang ada simpanan di bank, atau bakal mendapat rezeki terpijak tak lama lagi, keluarkan sedikit daripada simpanan /bonus anda itu untuk membeli dinar.

Mulakan dengan 1 dinar emas.Semoga kilauan keemasan itu menjadi pencetus kepada emas-emas yang lain pula. Semoga berjaya!

Jika berhajat nak beli dinar, sila hubungi saya Ila Ali 019-3345686 atau Ali Alimin 016-2535686.

Sunday, February 12, 2012

Ramalan Harga Emas 2012 - Akhbar The Sun 11 Jan 2012


Emas kalau beli memang tak ada risiko rugi. Ambil sedikit dari simpanan anda, cuba beli emas. Simpan sehingga sekurang-kurangnya setahun. Cuba tengok apa akan terjadi..!

Jika nak tahu lebih lanjut : Hubungi Jendela Emas 
016-2535686
019-3345686