Monday, February 27, 2012

Cerita Emas di Sana- Sini

  • Mendiang penyanyi Elvis Presley mempunyai sebuah kereta jenis Stutz yang dibuat 20 unit sahaja setahun yang mana hiasa dalamannya seperti stereng, pedal pemijak kaki, tempat habuk rokok dan penyala rokok diperbuat daripada emas. Elvis juga mempunyai sebuah piano yang diperbuat daripada emas tulen. 

  • Trofi kejohanan bola sepak Piala Dunia setingga 32 sentimeter diperbuat daripada emas tulen 18 karat.
  • Penulis buku The Bugis (diterbitkan oleh Blackwell di London) iaitu Prof. Dr. Chrisstian Piras Antropologis dari Universiti de Sorbone Paris, Perancis menulis bahawa majoriti orang Bugis dahulu menyimpan emas untuk menunaikan haji.
  • Ketika Amerika Syarikat bercadang menarik diri daripada konflik di Vietnam selatan pada pertengahan 1970an, ramai penduduk vietnam selatan mengambil keputusan melarikan diri ke negara ketiga kerana takutkan ancaman komunis. Sebagai pelarian mereka tidak membawa pakaian yang banyak tetapi emas seberat 38 gram dinamakan `kim tahnt' yang disorokkan di dalam kertas beras dijadikan modal kehidupan di negara baru.

Sumber : Kosmo Ahad 26 Februari 2012.

No comments:

Post a Comment