Sunday, February 19, 2012

Apa Itu Dinar Emas dan Dirham?

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum WBT


Masih lagi tentang Dinar Emas :)

Telah diriwayatkan bahawa :
                   
          Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar
          Rasulullah SAW bersabda : 
          " Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan 
          oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar dan Dirham"


Apa Itu Dinar Emas dan Dirham?






Dinar adalah syiling emas yang diperbuat daripada emas 22 karat (emas 916) dengan berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan sejak daripada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khatab, khalifah Islam yang ke 2.


Dirham pula adalah syiling perak yang mempunyai ketulenan 999 dengan berat 2.975 gram.


Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’


              1 dinar    = 4.25g x 7 = 29.75g
            10 dirham = 29.75g / 10 = 2.975g

Jadi unit ukurannya adalah :
             1 dinar    = 4.25g
             1 dirham = 2.975g


Kelebihan Dinar dan Dirham
  • Mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia. (intrinsik adalah nilai pelaburan pada masa akan datang yang mempunyai margin keselamatan dan kestabilan dan telah diperakui di seluruh dunia)
  • Dinar dan Dirham adalah matawang Islam yang sebenar
  • Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Mampu melindungi kekayaan anda.
  • Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin.
  • Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat
  • Harga Emas dan Perak yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar.
Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak.

No comments:

Post a Comment