Bismillahir Rahmannir Rahim..
Assalamualaikum.
Saya suka dengan kempen `1 Dinar 1 Anak' (sekurang-kurangnya). Saya pasti setiap ibubapa pasti berkeinginan dan mungkin juga telahpun menyediakan pelbagai perancangan untuk pendidikan anak-anak. Antaraya mungkin insurans pendidikan, simpanan tabung haji, simpanan SSPN dan sebagainya. Kami juga tidak terkecuali. Maklumlah kan...siapalah yang tak sayangkan anak. Kita risau jika sesuatu berlaku kepada kita, bagaimana pula dengan anak-anak nanti. Sedangkan semasa hayat kita pun kita tidak dapat menyediakan segalanya selengkapnya.
Selain daripada semua
financial planning yang kita dah buat tu, apa kata tahun ini kita
diversify pelaburan dan simpanan kita dengan emas dan dinar untuk keluarga kita dan disamping itu kita juga memperolehi pahala kerananya.
Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : " Satu dinar yang kamu nafkahkan
di jalan Allah, dan satu dinar yang kamu keluarkan untuk memerdekakan hamba, dan satu
dinar yang kamu berikan kepada orang miskin, dan satu dinar yang kamu nafkahkan untuk
keluargamu maka yang paling besar pahalanya adalah yang kamu nafkahkan kepada
keluargamu." (Hadis riwayat Muslim)
Harga 1 dinar = RM783.00
Harga 5 dinar = RM3896.00
Harga 10 dinar = RM7757.00
Jika 5 tahun lepas (2007 )
harga emas ialah RM352, tetapi sekarang harganya telah mencecah RM783.00. Jumlah ini kalau simpam kat ASB pun tak dapat sebanyak ini.
Kenapa 1 Dinar?
Kerana 1 dinar yang beratnya 4.25 gram ini adalah harga mampu bagi kebanyakan orang. Malah kalau pelajar di IPT pun boleh memulakan simpanan 1 dinar emas ni. Kadang-kadang kita tengok dan dengar ramai orang kata tak mampu nak beli dinar dan emas untuk anak dan isteri sebagai pelaburan, tapi bila beli barang-barang lain seperti kamera DSLR,
handphone @ smartphone,sport rim kereta yang harga beribu-ribu boleh pulakkan!!
1 Anak 1 Dinar
Kita semua sudah sedia maklum bahawa inflasi yang berlaku setiap tahun telah mengecilkan nilai matawang kita. Nilai RM100 sekarang, tidak sama dengan nilai RM100 5 tahun lalu. Semasa anak saya baru lahir, nilai RM100 tu kalau bawa kat pasar malam beli lauk, macam-macam dapat. Sekarang ni bila anak dah berumur 5 tahun, tak cukup pula beli barang-barang yang biasa di beli tu. Tapi dinar ni, memang tidak ada susut nilai dalam tempoh setahun dan ke atas. Tapi kalau nak buat investment dalam tempoh 3-4 bulan tu kena pandai pulak belajar ilmu pelaburan.
Tapi cara yang paling senang, beli, simpan,bila anak nak sekolah, tak cukup duit, inilah harapan kita untuk membeli keperluan persekolahan yang semakin mahal sekarang ini. Ada juga yang simpan untuk modal perniagaan. Mereka memilih kaedah ini sebab kenaikan harga emas yang sangat konsisten setiap tahun anggaran dalam 21% berbanding di bank yang hanya memberi keuntungan 3-4% sahaja atau ASB 8% sahaja. Jika berhasrat untuk membesarkan perniagaan, dinar ini dijual atau dicagar di ar-rahnu dan ditebus semula selepas dapat keuntungan perniagaan.(tapi sekarang dinar dan emas jongkong, tidak boleh di ar-rahnukan lagi. Tapi barang kemas masih lagi diterima). Tapi diterima di kedai-kedai emas dan agen-agen yang jual emas. Emaskan!, siapa yang tak nak..
So, kepada sesiapa yang ada simpanan di bank, atau bakal mendapat rezeki terpijak tak lama lagi, keluarkan sedikit daripada simpanan /bonus anda itu untuk membeli dinar.
Mulakan dengan 1 dinar emas.Semoga kilauan keemasan itu menjadi pencetus kepada emas-emas yang lain pula. Semoga berjaya!
Jika berhajat nak beli dinar, sila hubungi saya Ila Ali 019-3345686 atau Ali Alimin 016-2535686.